18 Mei 2017

WATERFALL SUNGAI LOPO HULU LANGAT




TEMPAT   : WATERFALL SUNGAI LOPO HULU LANGAT
MASA      : 8.00AM-3.00PM
TARIKH   :1.5.2016
PESERTA  :


Hari ini kita mulakan trip singkat dan berliku. Sepatutnya pada waktu bergini team skuad budak2x hutan ni pi Gunung Irau Cameron Higland.. tetapi apa kah daya kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Ok kepada korang yang hendak mendaki dibukit bakau atau gunung ganang kena ingat 1 perkara kalau tempat tu perlukan permit korang kena ambil permit sekurang-kurangnye 2 minggu lebih awal. Kalau awal lagi pun ok tapi biasalah dlm jangka masa panjang tu mcam2x boleh berlakukan. Macam mana cara nak mohon permit? google  je ..hehehhe ...

Orang kata Mendengar tak sama dengan melihat .. bercerita tak sama dengan yg merasa.. itu lah yg nak digambarkan pi ke waterfall sungai lopo ni. Pada mulanya ingatkan keadaan nak naik ke atas tu berliku lara sangat tapi alhamdulillah .. ia tak seteruk difikirkan. Aku pun naik tanpa banyak masalah. perjalanan tak mendaki sangat ia lebih sempoi. Perjalanan ada lah dalam 2 jam nak sampai ke atas. Cuma ada juga lah yg pancit . Mungkin first time kan. Tak pe aku dah rasa macam mana badan yg manja tiba2x kena push .. rasa macam mintak nyawa hehehehehe. yang penting tu semua pengalaman.

Pacat? masa aku naik tu baru lepas ujan . Pacat memang banyak. First time aku tengok pacat. First time aku kena gigit pacat. Fisrt time aku buang pacat macam tu jee.. ( poyo kan ) pacat ok lagi.. kalau korang letak binatang comel yg berbulu maunya aku melompat dr atas ke bawahh hahahahaha. Tips elak pacat , pakai seluar panjang yang jenis ketat sikit tu ye. yg bawah kaki kecik.. Pastikan tiada ruang untuk pacat masuk dalam seluar korang hahahahahah...

Aqil? Budak tu mcam biasalah. Seronok mengalahkan tak pernah jumpa air. Apa yang aku dapat lihat aqil ni kalau bab2x macam ni dia lebih mcm bapak dia. Dia memang suka naik atas cuma nak turun tu .. kalau dia piwai ukhh jenuhh weiii... dak 40kg nak angkat turun bawah..korang rasa? tak yah rasa sangat lah.. bapak dia pun tak nak rasa semua tuuuu..heheheheh

Aku? Alhamdulillah semua di permudahkan.. aku seronok dan gembira. Aku happy.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan