08 Disember 2015

SELAMAT ULANG TAHUN KE 11 SUAMI KU

Assalamualaikum

Alhamdulillah .. 3.9.2015 tarikh keramat aku ngan en.suami. Genap 11 tahun kami bersama. Suka duka, tawa nagis, marah geram semua aku dah rasa. Secara jujur aku cakap selama 11 tahun ni tak ada lah masalah besar yang aku hadapi sangat . Selalunya benda remeh temeh tu yang aku atau en.suami jadikan isu. Dan secara jujur aku cakap .. tapi dalam blog ni je lah aku tak pernah luah dekat dia pun.. yang aku bersyukur sangat DIA MENJADI SUAMI aku. Walapun kami tak kaya tapi kami gembira walaupun kami tak ada rumah banglo tapi kami masih ada tempat berteduh dan aku masih diberi makan dengan cukup. Bila di kenang selama 11 tahun ni aku rasa tahun ke 10 yg paling perit.. masa tu ada je tak kena.. Sebenarnya bila difikirkan balik .. itu semua dugaan dalam rumah tangga. Tau tak knp aku ckp aku bersyukur dapat suami aku

1.  Selama 11 tahun ni dia tak pernah naikkan tangan dia di muka aku
2.  Selama 11 tahun ni dia tak pernah mengamuk kalau aku tak masak ( mood duit ada lebih sikit.. dah jom mkn luar.. kalau duit tak brapa nak ada ' syg goreng telo je lah ..abg makan je )
3.  Dia tak pandai marah-marah aku tanpa sebab
4.  Dia sebenarnya selalu je layan kerenah aku ..
5.  Dia Sayangkan keluarga aku macam dia sayangkan keluarga dia
6.  Dia tak pernah kongkong aku berkawan atau berjalan dgn kawan2x ( dia kalau tk suka aku brkwn dgn seseorg akan bg tahu.. lepas tu pandai2x lah bawak diri )
7.  Dia Selalu memahami  keje aku kalau balik lambat
9.  Dia tak pernah berkira dengan aku bab duit.
10. Dia SAYANG aku dengan sepenuh hati dia ..

Walaupun dia ada kekurangan macam aku juga .. Tapi biasalah manusia.. tgh bahagia tu yg cacat cela leh tutup ..cuba tgh marah .. silap besar kuman pun leh dibesarkan ..hahahahahahhaahhaah ..... En.Suami kata tak yah sambut2x ..cam org puteh tak elokk ..hehe sebenarnya aku tahu .. dia duit tak berapa nak ada.. ok abg.. sayang ok jee... jgn risau ..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan