29 November 2012

CORET CORET KHAMIS

Kenapa terasa nak mencoret? sahaja je... sebab sejak akhir2x ni aku asyik Join GA lahhh segmen lahh, tak pun dok post kan entry2x yang lama... hari ni terasa nak bercerita ..

Korang rasa korang happy tak sekarang? Korang rasa bahagia tak? ialah kepada mereka yang dah married pasti korang rasa macam2x perasaan kan. Ada masa korang rasa happy.. ada masa korang akan rasa sedih .. dan ada masa korang akan rasa menyesal nye aku kahwin.. ukhh jgn tipu lahh . .dalam 10 perkahwinan tu tak mustahil 1/10 akan merasa menyesal ... tak kira lahh menyesal kerana 'kenapa lah aku lambat kahwin' atau menyesal kenapa lah aku berkahwin .... Tak kira apa pun alasan, yang pasti kita kena hadapi. Tak kiralah sepahit mana rumahtangga tu kita kena harungi juga. Kecuali kalau perkhawinan tu boleh membawa MAUT kenapa nak di tunggu lagi. Memang dalam Islam bercerai tu dimurkai tapi jika perkahwinan itu menyeksakan, menderita dan menyakitkan dan tidak ada lagi jalan penyelesaian ...perpisahan adalah jalan terbaik. Kenapa aku tulis entry macam ni? emmmm sahaja jee .. nak berkongsi cerita...

Wahai adik2x ku yang masih belum berumahtangga ... cari lahh pasangan korang dengan sebaik mungkin.. Memang betul tiada manusia yang di dalam dunia ni yg sempurna tapi tak salah kan kita menilai seseorang tu lebih sedikit. Kenapa hanya lelaki sahaja yang suka menilai seorang perempuan... dan kenapa tidak perempuan juga berhak menilai seorang lelaki...

Bila dari berkawan kita dah tengok dia panas baran ..kaki pukul,kaki kongkong, kaki tipu dan kaki segala kaki lahh  .. kenapa perlu di tunggu lagi.. kenapa perlu di harap lagi? kenapa? oh nak bagi peluang untuk si lelaki ni berubah kee.. emm hanya 4/10 je lelaki yg akan berubah bila berkahwin .. kira nasib lahh dik oiii...

Tak perlu lahh cari lelaki yg Hensem ... tak perlu lahh cari lelaki yang kaya raya, tak perlulah cari LAKI ORANG  tapi hati merana  buat apa... Jika kita orang serdahana cari lah jodoh orang sederhana...emm apa lah aku merepekk ni kann. hahahaha... di pendek kan cite.. aku tak suka lelaki yg 'BELAGAK BAGUS' ... dan aku tak suka Pompuan ' YANG SETIA TAK BERTEMPAT' ..... JANGAN MENJADI MANGSA KERAKUSAN LELAKI YANG TAK BERHATI PERUT... JADI LAH  WANITA YANG KUAT DAN KENTAL TAPI BUKAN WANITA YANG TERLALU EGO ....

p/s : Entry ni tak ada kena mengena langsung dengan aku ... atau  orang terdekat dengan aku.. hanyalah coret-coret di waktu lunch niiii :)

4 ulasan:

  1. MCM BUI,YANG SEDANG2 SAJA SO DPT HUBBY PUN YG SEDANG2 SAJA..HEHE

    BalasPadam
  2. semua diatas tue yana sokong. biarlh kt kwen dgn org yg cinta kt lebih dr kt cinta dia. insyallah bahagia ^^

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Bui -- Ok yang sedang2x sahaja bui janji kita bahagia..( insyaallah kebahagian tu milik kita heheh ) ;)

    Yana -- ukhh ... tu pun ayat mak zura bagi semasa zura nak kahwin.. hehehh... tak yah kita naik kete Lamborghini ..biar kete kancil je.. janji boleh naik ( tapi kalau dapat keta Lamborghini tu kira bonus ) hahahaa

    BalasPadam