31 Disember 2011

AZAM 2012

Semoga tahun 2012 ini mendatangkan sinar kebahagian pada aku n famly. Spt org lain aku pun ada keinginan 2012 ni...meh cheak apa yg aku ingin 2012 ni..


SOLEHA

Aku nak jadi wanita soleha... Sebagai isteri yang setia dan taat Disisi SUAMIku , Ibu yang pandai dan penyayang di samping anak-anakku, Seorang anak yang menurut kata di samping kedua ibu bapa ku, sebagai adik dan kakak yang mengambil berat di samping adik beradik ku, kawan2x yang baik di samping kawan2x ku, Makcik yang perihatin disamping anak2x saudara ku.....dan yang pasti SEBAGAI HAMBAMU YANG TAAT KEPADA MU YA ALLAH....


KURUS

Memang la nak kurus.. tapi tak lahh kurus macam ni .. buruk na rupanya... laki aku pun tak lalu nak negok.. hahhahaahah.....


KAMERA

Benda ni dah lama aku nak beli tapi sehingga kini tak dipersetujui MR.zul.. ukhhh tak suka :(


DUIT

Semoga Rezeki aku bertambah banyak.. semoga duit bertambah banyak.. ukhhh mcam la sekarang ni banyak duit.... hahahahahha



ANAK

ukhh... Harap tahun ni ada lahh rezeki aku tambah zuriat ...u.p kepada mereka yang selalu bertanya... AKU BUKAN TAK NAK TAMBAH ANAK LAGI ... CUMA REZEKI YG TAK ADA... KALAU DIIKUTKAN HATI MEMANG AKU TERINGIN SANGAT TAPI APA KAH DAYA.. MUNGKIN ADA SEBAB KENAPA AKU MASIH BELUM ADA REZEKI LAGI... JADI JGN LAH KORANG KATA AKU SENGAJA TAK NAK ANAK... SEDIH TAU


HANDPHONE

Disebabkan handphone aku hilang..maka aku maukkan dalam senarai azam untuk dapatkan yang baru.. :p


RUMAH
1.
Ni hanya contoh... ttak ada lah nak sampai besar mcam ni...kang tak pasal2x BPR dtg ukhh.. tapi kalau ada rezeki terpijak ... YA ALLAHH.. BERTAPA AKU BERSYUKUR ... AMIN..


P/S : MAAF YE KALAU ADA GAMBAR RAKAN YANG TAK DI INGINI... AKU SEKADAR COPY N PASTE SAHAJA... TAK ADA NIAT BURUK PUN.... PINJAM YE PIC KORANG ... TQ

SUKA DUKA 2011

Ukhh Banyak kenangan manis dan pahit 2011 ni.. Akirnya 2011 dah nak melabuhkan tirai ...
1. Mintak Tukar bahagian - tidak diluluskan krn tiada tempat kosong
2. Firstime pi ICT Shah Alam ... seronok.. Main Salji tipu2x3 .
3. Mac - aku dapat tahu keberanan yg menyakitkan hati aku.. sungguh aku tak sangka kepercayaan aku berikan disalah guna.. aku benci dia ketika itu... tak akan aku lupakan sampai bila2x
4. Aku Rasa seronok sangat Akhirnya FB telah satu kan aku balik ngan kawan2x aku kat slim river.. Noli,Ramadhan , salwarna, epoy, hasrol , azian, dan ramai lagi.. aku rindu lah ngan korang
5. Mei - aku ambil exam KPSL .. Kantoi hehehhe
6. aku demam,sakit elok..demam balik.. sakit balik elok balik..ukh ukhh
7. Aku mula buat biz online - Bagi nama UZMA ABADI -- Suam-suam kuku
8. Mohon Rumah 1 Prima di putrajaya...--- tidak berjaya
9. Pergi Jalan2x - Langkawi -Morib - Kuala Selangor - Klumpang Tanjung Malim ..
aku jumpa lin balik
10. Dan Penutup 2011 ni HANd Phone aku sekali lagi hilang............. uwaaaaaaaa

RUMUSAN : 2011 ni banyak sangat dugaan yang aku tempuh... alhamdulillah... aku berjaya atasi walau macam mana cara pun.. nanti kan kegembiraan aku di 2012 ...

AZAM 2011 - TAK BERAPA BERJAYA DAHHH

Azam aku tahun sudah... 2011...
SELAMAT TAHUN BARU
1. AKU NAK TAMBAH ZURIAT - INSYAALLAH KALAU DI IZINKAN 2. AKU NAK MAJUKAN DIRI 3. AKU NAK SIMPAN DUIT SEBERAPA YG DAPAT ( kira tak nak membazir sangat la ni ) 4. AKU NAK JADI ISTERI YANG SOLEHAH/TAK KUAT MELAWAN/DGR KATA 5. AKU NAK SERLALU TERSENYUM 6. AKU NAK JADI PEKERJA BERDIDIKASI 7. AKU NAK JADI ANAK YANG BAIK 8. AKU NAK JADI IBU YANG BAIK/PANDAI 9. AKU NAK KURUS 10. DAN YANG PASTI AKU NAK TAMBAHKAN ILMU AKHIRAT DLM DIRI INI... emm rasanya banyak yg tak terlaksana lahh hehhehe

29 Disember 2011

AKU DAN HP NOKIA AKU...

ni lah Hp pertama aku.. Hp Nokia 3310... tapi tak berapa nak ingat .. lah hp ni aku dapat ke atau beli. aku rasa macam alang aku bagi.. ialah masa tu aku dah keje.. tak lama lepas aku pakai aku pass hp tu kat adik..atau HP aku ni hilang.... sory lahh hp nokia 3310 ni rasanya tak berapa nak ingat sangat kisah pahit manis aku ngan hp ni.. makcik dah tua hahhaha
ni hp aku selepas nokia 3310.. Hp ni aku sayang sangat.. sebab firs time aku beli hp guna duit aku sendiri.tapi aku beli second hand ngan alang aku. Dia jual RM400.. ukhhhh tak pe lahh dia pun baru pakai je hp tu. Aku beli hp 2100 ni masa aku keje sambilan ngan KDN.. aku ada cite ngan HP ni.. HP ni pernah hilang dulu. Masa tu ada budak PAR dari JPM hantar surat kat tempat aku..aku syak dia yg ambil sebab sebelum dia datang HP aku ada atas meja. dan kebetulan lepas dia pergi hp aku dah hilang. Pada mulanya dia tak nak mengaku tapi akhirnya dia pulangkan juga. Dan semenjak hari tu budak tu dah tak hantar surat kat opis aku. Dia suruh orang lain hantar. Terima kasih lah kat Abang2x pengawal KDN masa tu cam Abang ajak, abg karim, dan lain2x sebab susah2x je tolong call kat opis mamat tu dan suruh budak tu pulangkan. Kami ugut katakan yg kami dapat tangkap gambar dia... ukhh nak curi pun jgn lahh curi dekat pejabat besar2x. ni Pejabat KSU yang lengkap ngan CCTV... nasib lu lah bro .. ukhh ..
N70..... satu-satu nya HP aku yang paling mahal. Masa aku beli ni pun harga dia baru keluar RM1200++...baru dpat duit KWSP aku tangkap hp ni.. seperti biasalah hayat hp ni kat aku setakat 3 tahun..lepas tu Hp aku masuk Air Kopi ... sejak tu dah tak leh bukak ... ukhh
HP Nokia Clasik 2370.. aku pakai HP ni selepas je nokia N70 aku masuk air kopi....Rasanya aku beli Hp ni kat member opismate aku.. dia ada kedai HP... Aku mintak kat dia RM300.. dpat duit ot terus aku beli.masa aku beli kalau tak salah tahun 2009..tapi sedih juga sebab 23.12.2011 Hp aku hilang.So hayat HP ni kat aku cuma 2 tahun sahaja..Balik dari Resort Klumpang... aku dah tak jumpa HP aku .. Mungkin aku tertinggal, mungkin tercicir atau mungkin terbuang ... uwaaaannnnnnnnnnnn sehingga hari ni aku masih belum beli HP lagi.. sapa nak sedekah hp kat aku? angkat tangan.... Itu lah sejarah HP Nokia ku bersama aku.. rasanya ada Hp lain aku pakai tapi tk ingatlah sebab bukan Hp Nokia.. n aku dapat pun rasanya aku dok pau abang2x aku :p

28 Disember 2011

SBPA - PERBINCANGAN CUEPACS NGAN JPA

Ukhh sebagai kakitangan badan angota kerajaan ni.. aku nak belajar ikut perkembangan terbaru SBPA ni ... kalau leh tak nak tertinggal.. sejak 2 menjak ni banyak kekeliruan yang aku dengar tentang SBPA ni.. nak komen lebih2x tak berani lah. tapi sekadar menulis dan memberi pendapat leh lah hheeh. yang aku tahu pasal SBPA yang terbaru aku dengar sekarang ni ... selepas sahaja DATO' HAJI OMAR OSMAN Presiden Cuepacs dok berbincang ngan JPA kata sepakat telah diambil.. ada beberapa perkara telah dipersetujui oleh kedua pihak untuk membuat perubahan... Tapi yang PALING AKU SUKA DENGAR .. 1. Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan. “Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya. 2. Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah. “CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan. “Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya. UKHH aku harap sangat aku dalam ketegori 250,000 kakitangan badan anggota gred 17 yg akan akan dapat perubahan gaji .. ukhhh ..

MACAM-MACAM CERITA

assalamualaikum.. emm lama nye tak menulis kisah merapu meraban aku ni kan? Masa tu ada tapi kemalasan mengatasi kerajinan ..so aku wat dek je lah. Cite banyak nak di ceritakan. Pasal Famly day sebelah en.hubby aku kat Kuala Selangor.. aku wat operation gigi.. besday Mr.hubby aku, cite aku gi kenduri kahwin kat slim river.. jumpa kawan lama SALWANA, RAMADHAN DAN EPOY.. Tak sangka jumpa diorg. Hari tu pi kenduri kahwin hasrol dkt klang. Lepas kenduri terus pi Klumpang.. dok mandi manda ngan separuh famly mr.hubby... dan cite last sekali ialah Hand Phone aku pun telah aku sedekahkan dekat sana .. ( kira2x dah hilang lahh ) hehhe.. cian aku aku kan... aku rasa nak cite semuanya tapi tak tahu mana satu yang nak cite. Lastly mesti aku malas nak tulis apa2x pun hehehe...

13 Disember 2011

ZULKEFLY MOHD DRIS

PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI,ORG TERSAYANG DAN KAWAN2x ... Hidup zaman sekarang memang perlukan duit... tapi jika krn duit kasih sayang boleh berkurangan...kebahagian boleh diragut.. kepercayaan boleh diragui... aku tak nak...Biar kita hidup sederhana .. janji kebahagian MILIK KITA

10 Disember 2011

3 Disember 2011 - HAPPY ANIVERSARY ZUL & ZUE

uhh baru hari ni rasa nak menulis ..heehh walaupun lambat tapi aku tulis juga..3.12.2011 genap 7thn perkhawinan aku ngan suami ku ZULKEFLY BIN MOHD DRIS. ukhh bukan lah aku nak berbangga ( tapi sebenarnya aku bangga :p ) cuma aku nak berkongsi kegembiraan tu ngan kalian.. susah senang, pahit mauh aku harungi ngan dia.. bukan senang tau nak tempoh 7 thn tu... mcm2x perkara yg terjadi.. Alhamdulillah .. sudah tersurat jodoh aku masih bersama ngan dia dan aku harap biarlah jodoh aku hanya dgn dia di dunia n akhirat..walaupun kadang2x mulut aku ni berapi cam me magie kari berapi tu .. tapi dia masih boleh bertahaan.. walaupun kadang2x ckp dia menguris hati mcm luka kena air limau ( pedih beb ) ak masih boleh berfikir .. tu lah kehidupan kami.. kadang2x lelaki ok .. perempuan mcm sengal .. kadang2x perempuan ok lelaki macam hampeh ..hehehhe ... itu lah rahsia kebahagian kami...rumahtangga aku mcm org lain .. ada juga marah2x sayang cuma sikap aku ngan hubby ni tak suka berpanjangan... salah sorang dari kami akan pastikan ..mcm mana marah pun, mcm mana merajuk pun tak boleh lebih dari 1 jam..kalau terlebih pun mungkin lepas merajuk tertido n sedar balik dh ok ... . OK lahh panjang lah entry ni.. ZULKEFLY BIN MOHD DRIS ... TERIMA KASIH KRN KAU SUDI MENERIMA KU SEADANYA TERIMA KASIH KRN MASIH SAYANG KAN DIRIKU DARI DAHULU HINGGA KINI TERIMA KASIH KRN KAU SUDI BERKONGSI SUKA DAN DUKA BERSAMA2X 3.11.2004 TARIKH KERAMAT BUAT KITA TARIKH BERMULANYA KEHIDUPAN KITA SBG SUAMI ISTERI TARIKH DIMANA KO MELAFAZKAN AKAD.. DAN MENISTERIKAN DIRIKU TARIKH DIMANA BERMULANYA DETIK KU MENJADI ISTERIMU ABANG.. BIARPUN KITA TIDAK SEALIRAN BIARPUN KITA SERING BERCANGGAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN WALAUPUN ABANG BUKAN JUTAWAAN DAN HARTAWAN TAPI SAYANG BERBANGGA KERANA ABANG SUAMI SAYANG SAYANG LEBIH BAHAGIA DARI MEREKA YG MEMPUNYA KERETA BERDERAT RUMAH BANGLO SETINGGI KLLCC.... SEKALI LAGI... TERIMA KASIH SUAMI KU.. KO LAH WIRAKU.. KAU LAH PELINDUNGKU..KAU LAH JIWA KU.. KAU LAH SEGALANYA DLM HIDUPKU ... hahahah jiwang karat - LOVE -

01 Disember 2011

SISPPA

Salam... saje nak kongsi cite.. tadi masa tengah wat keje ( wat keje lah sangat ) heheh member aku Eyna n Hana dok tanya IC aku.. ialah aku ingat kan diorg nak wat pe.. tiba2x bila aku pi kat tempat diorg ni n diorg tunjukan kat aku yg nama ak telah digunakan sebagai contoh di MANUAL PENGGUNA cara mengisi borang exam secara online lagi http://www.moe.gov.my/sisppa. ... apa dahhh.. heheh .. cam mana pulak nama aku yg naik heheh .. tak pe lahh.. glomor jap ( ukhh perasan sungguh anak tamin ni ) hahahah :p